PENGUMUMAN
Pemberitahuan Terkini

SELAMAT DATANG KE SISTEM PENGURUSAN LESEN PUTRAJAYA

Sistem Pelesenan Putrajaya merupakan salah satu inisiatif Perbadanan Putrajaya untuk menjadikan Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia bagi mencapai visi Putrajaya. Tujuan sistem pelesenan dibangunkan adalah untuk mengurus lesen komersil secara atas talian untuk memudahkan proses permohonan, pembaharuan dan pemantauan lesen perniagaan di Putrajaya.

 

PERTANYAAN:

Unit Pelesenan Iklan di talian  03-8887 7041 /  03 8887 7657 / 03-8887 7231 / 03-8887 7519 / nadya@ppj.gov.my bagi mendapatkan ukuran papan tanda iklan yang dibenarkan. 

 

Unit Pelesenan Premis di talian 03-8887 7265 / 03-8887 7657 / 03-8887 7439 /  03-8887 7204 /  03-8887 7231 / royani@ppj.gov.my

 

 

MAKLUMAN KEPADA PEMOHON :

Sila Pastikan Dokumen-Dokumen Berikut Telah Tersedia Untuk Di Muatnaik (Upload) semasa proses permohonan:

 

  1. Salinan pendaftaran syarikat (ROC)/ perniagaan (ROB)/ pertubuhan (Borang 9 dan Borang 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik) ATAU Sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Profesional

  2. Salinan kad pengenalan pemohon (Warganegara) ATAU Pasport (Bukan Warganegara) pemilik syarikat.

  3. Surat kelulusan/kebenaran ubahsuai premis (jika ada ubahsuai sama ada di dalam atau di luar premis) DAN Sijil Pematuhan (CCC/CFO)

  4. Sijil/ surat pemeriksaan doktor termasuk suntikan Typhim VI & sijil Kursus Pengendali Makanan bagi semua pengendali makanan dan pekerja (untuk peniaga makanan sahaja)

  5. Lakaran Pelan Lantai & 4 Gambar Premis (1 gambar pandangan hadapan, 1 gambar bahagian dalam, 1 gambar bahagian belakang & 1 gambar bahagian tepi untuk premis lot tepi sahaja)

  6. Perjanjian sewa premis lengkap tandatangan dan cop syarikat beserta Cop mati setem/sijil mati setem

  7. Sijil perakuan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Pendidikan Swasta (Tadika @ Taska)

  8. Syarat tambahan/dokumen sokongan dari Pihak Berkuasa Melesen Persekutuan. 

    • Surat kelulusan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi perkhidmatan Dobi.

    • Surat Kelulusan Kementerian Pelancongan Malaysia(MOTAC) bagi aktiviti Hotel/Rumah Tumpangan/Premis Penginapa

 

Dokumen Tambahan Bagi Permohonan Papan Tanda Iklan Di Premis Perniagaan
  1. Pengesahan Ejaan Penggunaan Bahasa pada visual iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

  2. Cadangan visual papan tanda iklan berwarna (menunjukkan dimensi/ saiz iklan dalam ukuran meter)

  3. Gambar posisi pemasangan papan tanda iklan berwarna (superimpose) dan visual kaedah pencahayaan (sekiranya iklan bercahaya)

  4. Sijil pendaftaran harta intelek Malaysia (trademark) ATAU surat pengesahan franchisor sekiranya paparan pada papan tanda iklan menggunakan NAMA/ LOGO/ TAGLINE selain dari nama syarikat yang dinyatakan dalam  pendaftaran syarikat (ROC)/ perniagaan (ROB)/ pertubuhan (Borang 9 dan Borang 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik) ATAU Sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Profesional. (JIKA ADA)

  5. Ukuran papan tanda iklan perlu mematuhi Pelan Induk Iklan dan Signage Advertisement Design Guideline (SADG).

*Pemasangan Papan Tanda Iklan Sebelum Mendapat Kelulusan Dan Sijil Lesen Dari Perbadanan Putrajaya Akan Dikenakan Tindakan Penguatkuasaan Tertakluk Kepada Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2002.

KEPERLUAN PERMOHONAN LESEN-LESEN LAMA DAN LESEN KOMPOSIT

KEPERLUAN PERMOHONAN LESEN-LESEN LAMA BAGI TUJUAN PEMBAHARUAN  UNTUK LESEN PREMIS, LESEN IKLAN KEKAL DAN LESEN KOMPOSIT SERTA LESEN TEMPAT LETAK KERETA

 

DIMAKLUMKAN BAHAWA SISTEM PELESENAN PUTRAJAYA SUDAH DI NAIK TARAF PADA 15 JANUARI 2024, SEHUBUNGAN DENGAN ITU LESEN YANG DIMOHON SEBELUM TAHUN 2019 PERLU DIMOHON SEMULA DAN MENYERTAKAN DOKUMEN-DOKUMEN TERKINI SEPERTI DALAM SENARAI SEMAK.  

 

BAGI LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN PAPAN TANDA YANG BERSEKALI (LESEN KOMPOSIT) JUGA PERLU MEMOHON LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN LESEN IKLAN KEKAL YANG BAHARU.

 

LESEN-LESEN YANG TERLIBAT ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

  1. LESEN PREMIS PERNIAGAAN (SEBELUM 2019)
  2. LESEN IKLAN KEKAL (SEBELUM 2019)
  3. LESEN TEMPAT LETAK KERETA (SEBELUM 2019)
  4. LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN PAPAN TANDA (LESEN KOMPOSIT)

MOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN BERKAITAN PERKARA INI.

 

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Sebarang persoalan & pertanyaan
Perbadanan Putrajaya
Kompleks Perbadanan Putrajaya
24, Persiaran Perdana,
Presint 3, 62675 PUTRAJAYA, Malaysia.
Phone : 603 8887 7000
Aduan : 603 8887 3000